Assalamualaikum
Selamat berkunjung ke blog Rasmi Kumpulan All One. Semoga disini kan terjalin ukhuwah Islamiah antara kita semua.
Kepada yang berminat untuk mengundang All One bagi memeriahkan apa sahaja majlis anda seperti motivasi, persembahan jemputan, majlis amal, hakim pertandingan, panelist forum, reunion, walimah dan sebagainya sila hubungi 012.385.2023 atau email sham.allone@yahoo.com
Ilal liqa' Ma'a Salamah!
Tuesday, February 15, 2011
Preview 2nd Album All One
Salam semua..
Posted by All One at 12:21 AM 0 comments
Monday, February 14, 2011
Salam Maulidur Rasul
Posted by All One at 11:50 PM 0 comments
Thursday, October 28, 2010
RENUNGAN BERSAMA
DOSA YANG LEBIH BESAR DARI BERZINA
Pada suatu senja yang lengang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-hayang. Pakaiannya yang serba hitam menandakan bahawa ia berada dalam dukacita yang mencekam.
Tudung kepalanya menangkup rapat hampir seluruh wajahnya tanpa hias muka atau perhiasan menempel di tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan roman mukanya yang ayu, tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang telah meroyak hidupnya.
Ia melangkah terseret-seret mendekati kediaman rumah Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu perlahan-lahan sambil mengucapkan salam. Maka terdengarlah ucapan dari dalam "Silakan masuk". Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus menunduk. Air matanya berderai tatkala ia berkata, "Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya. Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya." "Apakah dosamu wahai wanita ayu?" Tanya Nabi Musa a.s. terkejut. "Saya takut mengatakannya." Jawab wanita cantik. "Katakanlah jangan ragu-ragu!" Desak Nabi Musa.
Maka perempuan itupun secara ketakutan bercerita, "Saya... telah berzina". Kepala Nabi Musa terangkat, hatinya tersentak. Perempuan itu meneruskan, "Dari perzinaan itu saya pun...lantas hamil. Setelah anak itu lahir, langsung saya... cekik lehernya sampai... mati," ucap wanita itu seraya menangis sejadi-jadinya. Mata Nabi Musa pun berapi-api. Dengan muka berang ia mengherdik, "Perempuan celaka, pergi kamu dari sini! Agar siksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatanmu. Pergi!"... teriak Nabi Musa sambil memalingkan muka kerana jijik.
Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur batu hancur luluh segera bangkit dan melangkah surut. Dia menangis terangguk-angguk dan keluar dari dalam rumah Nabi Musa. Ratap tangisnya amat memilukan. Ia tak tahu harus ke mana lagi hendak mengadu. Bahkan dia tak tahu ke manakah kakinya untuk melangkah. Bila seorang Nabi saja sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya.
Sepeninggalannya, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa. Sang Ruhul Amin Jibril lalu bertanya, "Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya?" Nabi Musa terperanjat. "Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita penzina dan pembunuh itu?" Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril. "Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang hina itu?" "Ada!" jawab Jibril dengan tegas. "Dosa apakah itu?" tanya Musa yang kian keliru. "Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar daripada seribu kali berzina".
Mendengar penjelasan ini Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk menghadap kembali kepadanya. Ia mengangkat tangan dengan khusyuk untuk memohonkan keampunan kepada Allah untuk perempuan tersebut. Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahawa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya. Bererti ia seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tidak punya hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya. Sedangkan orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh bererti masih mempunyai iman di dadanya dan yakin bahawa Allah itu ada, di jalan ketaatan kepada-Nya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mahu menerima kedatangannya.
Dalam hadis Nabi SAW disebutkan : Orang yang meninggalkan solat lebih besar dosanya dibandingkan dengan orang yang membakar 70 buah Al-Quran, membunuh 70 nabi dan bersetubuh dengan ibunya di dalam Kaabah. Dalam hadis yang lain disebutkan bahawa orang yang meninggalkan solat sehingga terlewat waktu, kemudian ia mengqadanya, maka ia akan disiksa dalam neraka selama satu huqub. Satu huqub adalah lapan puluh tahun. Satu tahun terdiri dari 360 hari, sedangkan satu hari di akhirat perbandingannya adalah seribu tahun di dunia.
Demikianlah kisah Nabi Musa dan wanita penzina dan dua hadis Nabi, mudah-mudahan menjadi pengajaran bagi kita dan timbul niat untuk melaksanakan kewajiban solat dengan istiqomah (berterusan).
Posted by All One at 3:13 AM 1 comments
Saturday, October 02, 2010
Terbaru di Pasaran
Salam semua...
Terbaru di pasaran album kompilasi Memori hitz Salam Nasyid Ustaz Amal & All One.
Menghimpunkan 14 buah lagu-lagu terbaik dendangan Ustaz Amal dan All One dalam satu album. Menurut Ustaz Amal lagu-lagu dalam album ini merupakan lagu-lagu yang terkandung dalam albumnya Salamun Alaik yang di terbitkan oleh NSR 10 tahun yg lalu. Dan lagu-lagu dari All One yang di terbitkan 3 tahun yang lepas (2008). Alhamdulillah kami merasakan album ini sgt menarik untuk di miliki oleh semua org. Gabungan penasyid yang dah lama bertapak di dalam industri nasyid malaysia dengan kami yang kerdil ini.
InsyaAllah selagi ada sokongan dari semua..kami akan terus berada dalam industri nasyid malaysia.
Jazakallah kepada semua yang terus mendokong kami..
Media massa dan elektronik serta semua yg mengenali kami.
Jgn lupa baca cerita kami di harian metro 2hb 10 2010.
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/KompilasiterbaikAllOne/Article
Posted by All One at 12:17 AM 0 comments
Monday, July 26, 2010
JOM KE MASJID!!

Jom ramai2 ke karnival masjid wilayah 2010.. bermula 30hb hingga 31hb ini...
InsyaAllah All One akan memeriahkan majlis khatam Quran sempena karnival masjid wilayah ini..
For more info join us on FB search : All One Nasyeed
Posted by All One at 4:24 AM 0 comments
Monday, June 07, 2010
Pertengahan Tahun 2010
Salam semua
Terima kasih kepada semua yang masih mengikuti perkembangan kami melalui http://all_one.blogspot.com ini. Tanpa anda sekelian siapalah kami.
Sedar tak sedar kita sudah berada di bulan ke enam tahun 2010. Bagaimana dengan perkembangan kita sehingga pertengahan tahun 2010 ini? Adakah azam kita untuk tahun ini sudah tercapai? Atau masih menuju ke arah itu? atau pun dalam perjalanan ke arah itu..Apa2 pun kami kumpulan All One mendoakan semoga segala azam kita tahun 2010 ini akan tercapai, tapi pastikan segala matlamat, halatuju serta perancangan kita berada di jalan yg betul. Kalau rasa-rasa dah tersasar segeralah kembali ke pangkal jalan.
Hidup kita ini umpama garisan yang kita lukis sedari kita lahir lagi. Kita bermula apabila kita keluar dari rahim ibu kita, dan bermulalah episod perjalanan garisan itu. Kita bermula dengan perlahan dimana kita belajar untuk menyusu, menangis bila lapar, kemudian merangkak, berdiri, duduk, berjalan dan akhirnya berlari. Itulah garisan yang kita lukis sepanjang perjalanan hidup kita..kadang-kadang garisan yang kita lukis terpadam dan sebagainya.Itulah asam garam dalam kehidupan. Dan itu jugalah ujian dalam kehidupan. Kadangkala kita perlu berhenti seketika untuk melihat garisan yang kita lukis, bengkokkah garisan itu, atau luruskan garisan itu.
Sampai satu ketika kita sudah tidak dapat melihat garisan permulaan yang kita lukis ,tapi hidup mesti diteruskan, dan kita mesti terus melukis garisan kehidupan kita. Semoga kita semua yang masih bernyawa ini akan sentiasa melukisan garisan kehidupan kita dengan apa cara sekalipun, dan semoga garisan itu akan dapat dilihat oleh mereka-mereka yang kita tinggalkan selepas kita sudah tiada.Amin!
Posted by All One at 12:46 AM 0 comments





